Me

My photo
Tulis tak sedap pon. Tapi aku peduli apa? Kakaakakak

Friday 1 February 2013

Tarik tali

Masa aku form 3,ada 3 orang nama Sam dekat asrama aku. Form 1 form 3 and form 5. Aku paling kecik,Sam form 5 sedang-sedang. Sam form 1 korang jangan tanya saiz dia. Bau pon jangan tanya.

Sepanjang aku form 3,aku lepak bilik 16. Bilik 16 ada Lemi then sekali lah dengan Zaim. Then Sam form 5 dengan geng pon lepak situ jugak. So bilik 16 ni seingat aku harmoni lah jugak. Btw,aku bilik 10. Bilik aku awesome jugak,tapi still aku lepak bilik 16. Lagipon bilik 16 menghadap Dm dan court volley. And boleh usha makwe balik aspuri and lepak anjung. Banyak kelebihan bilik 16 ni. Kakakka

Seingat aku,lepak bilik 16 ni tambah banyak pengetahuan aku dekat lagu-lagu lama. Dekat bilik tu selalu karok lagu Kain Putih,Cinta di Pantai Merdeka dan banyak lagi. Sampai sekarang aku hapal! Semua gara-gara bilik ni ada gitar selai.

Satu hari yang indah ni,aku tak ingat hari apa. Tapi indah lah aku rasa. Ada orang pasang radio. Kebetulan lagu Elyana keluar. Lagu Elyana ni biasanya pelik-pelik. Orang bilik 16 ni mana layan lagu-lagu gaya Elyana ni. Picisan. Yelah,dah tajuk pon pesen bukan-bukan. Bagaikan diri tapak sulaiman lah,setelit lah. Entah pape. Tapi haritu lagu lain. Lagu yang pasal tarik tali tu.

Aku dengar jelah lagu ni ikot radio junior aku rasa. Aku layan,takde oang bersuara. Aku rasa semua mencarut dalam hati dengar lagu tu. Then sampai part chorus. Tetiba ada suara menyanyi, tak salah aku Sam nyanyi.

Main tarik COLI, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik COLI, masih menanti siapa
Mulakan dulu

Babi,sampai harini aku dengar je nama Elyana aku pikir coli. Rosak rosak!

2 comments:

teyhah said...

kesean elyana kakaka

Athirah Medan said...

KAHKAHKAH! -..-